selamat ari khamis semua..esok ada paper exam and aku rasa macam xnak study pun ada jugak..bukan apa pun cuma nota x cukup lagi..ditambah pulak dengan cuaca yang mendung di Kuala Terengganu ni..memang terbaik la untuk di buat ubat tidur.
memandangkan aku da bosan nak study, jadi aku tulis la post ni..secara kasarnya aku cuma nak cerita serba sedikit asal usul pengaruh muzik yang selama ni ada dalam diri aku ada sejarah ni aku bahagikan kepada beberapa peringkat berdasarkan kepada umur dan tahap pengajian.
untuk tahap pertama aku kategorikan pada umur 7 hingga 12 tahun sekitar tahun 1999 macam tu..so, kalau korang ingat antara band2 yang popular adalah Nirvana, MudHoney (English).kalau tempatan pulak band2 macam Medicine, Mega, Ariwatan, Wing, Search, Ekamatra, Laksamana and banyak lagi memang popular la.senang kata siulan anak anak muda pada zaman tu semuanya lagu yang berorientasikan cinta anad rock kangkang. Bagi aku Nirvana la yang paling best and mengancam and pernah sekali aku keliru antara lagu Nirvana ngan The Offspring sebab pada masa tu kalu x salah lagu Nirvana yang femes adalah The Man Who Sold The World ngan Smell Like Teen Spirit. Memang aku minat sangat la ngan Nirvana masa tu.
Bila dah masuk sekolah menengah selera muzik aku berubah pulak..jangan terkejut la kalau aku cakap yang pada masa tu taste aku brubah 100% dari rock and grunge ke Hip-Hop...bila ingat2 balik memang lawak jugak aku rasa sebab jauh sangat jurang antara Hip-Hop ngan Rock or lain-lain aliran muzik..Masa tu dalam tahun Millenium (2000 and keatas)..Ramai jugak la kawan yang terkejut tapi aku cakap la taste muzik pun macam kehidupan jugak..boleh berubah dalam sekelip mata tapi aku still aku yang dulu..leh minum dan lepak kat kedai, isap rokok and ponteng kelas..pantang ada masa sikit je mseti g koop sebab kat situ ada awek cun yang jaga..hahahahaha
Lepas tamat zaman budak skolah menengah dan masuk Universiti selera berubah lagi..dari Hip-Hop pergi ke Buttersound (Butterfingers)..ni semua sebab member aku yang fanatik gila ngan Butterfingers. abes smua kaset (pada masa tu) dia beli dan aku ingat lagi aku curi kaset Butter (The Best Is Yet To Come) dari dia..puas dia cari and aku buat xtau je..hahahaha..sori Bidi@Mok. slain Butter aku da start kenal dengan band2 Indie macam OAG and Flop Poppy...selera tu kekal la sampai aku habes Diploma kat UPM. and bila sambung buat Degree kat UMT aku minat pulak muzik yang berbaur haru biru (chaos) dan Hardcore. and sedkikit Metal. nama2 band macam Bless The Fall, Juskneeta, Kias Fansuri, Devilica, Asking Alexandria, Dear Whoever, Lost Prophet, from First To Last, Filsufatia, Bullet For Pretty Boy, Arsonist, Langsuyr, Cromok, Riwayat dan banyak lagi la memang melekat kuat dalam hati aku ni..hahahaha
ada jugak kawan yang tanya terutamanya perempuan la..
"camne la ko boleh dengar lagu2 macam ni? bising je aku dengar. dah la x paham pape pun"
mudah je jawapan aku
"memang selera aku macam tu, so nak buat macam mana kan?"..hahahahaha
but korang jangan risau la sebab aku masih orang yang sama..sekarang dan selamanya..
da la kot kemerapuan aku untuk kali ni..harap jumpa lagi di post yang akan datang..
salam,
Your regard,
Prettyrain
kita serupa..but still the same person..haha
ReplyDeletemuah!
ReplyDeletepija: yahahaha..kita akan tetap orang yang sama..
ReplyDeleteaku suka local band je.. luar2 nie kurang ckit la.. bese dgr pon scorpion je.. hee.. tp local band tue bnyak la.. heee
ReplyDeletealamak din...ni aku bagi ko pluang tok dengar la ni..hehehe..
ReplyDeletebgs seh..support our local music ar tu...hahaha...tp din byk lagu pn amek kt aku je...dlu kaset pn aku yg beli byk...hahaha
ReplyDeletehahaha..jom sapot local2 band..tapi dulu mane org tau sgt pn muzik Ug ni..kalu budak2 yg layan skin ke, sharp ke, grunge ke tau la..cuba tanya yang dengar spin@spoon..hahhaa..mmg xtau pape la..hehehe
ReplyDeletemekasih ye pak tam.. baru ku tau.. heee... alahai amik dgr bkan wat reta sendiri.. heee... aku je yg knal spin @ spoon n acab, gsc n seangkatan dgnye.. heee
ReplyDeletehahaha..sama2..ko laen din..hebat kot.. =) peace~~
ReplyDeletehahaha.. ko lg hebat dari aku.. hensem lak tue.. heee
ReplyDelete