Friday, December 31, 2010

Salam 2011

Kenyir 2010

kejap je rasanya da masuk tahun 2011..ni bermakna akan bertambah lagi la umur aku..he he he
mungkin kena buat banyak muhasabah diri kot malam ni..rasanya banyak lagi cita2 yang belom aku tunaikan..begitu juga dengan tanggungjawap terhadap pelajaran..tahun ni merupakan tahun terakhir aku bergelar pelajar universiti sebab lepas ni aku akan masuk alam pekerjaan pulak..arap2 la akan da kerja untuk aku ditahun 2011 nanti...
2010 xde la memberikan apa2 kesan sangat pun..mcm besa jugak..juz ada la 2 3 perkara yang memang aku  xduga..tapi semuanya da setel dengan cara yang baek..secara keseluruhannya pengaruh muzik aku masih sama..xde lari and beza sangat..cuma kadang2 nak mencuba selera baru..he he he
arapkan 2011 akan membawa lebih banyak kebahagiaan untuk kita semua..lebih banyak perkara yang mendekatkan kita dengan Tuhan Maha Pencipta alam semesta..InsyaAllah
Salam 2011 untuk semua kawan2 dan rakan yang dikenali...

I Am Ghost - Lover Requiem

Baiklah semua, kali ini kita kembali dengan ulasan album yang dah lama rasanya aku x bagi korang dengan album2 pelik2 ni kan..so kumpulan yang menjadi pilihan pada entri kali ini adalah I Am Ghost. IAG adalah sebuah kumpulan yang pada dasarnya ditunjangi oleh vocalisnya iaitu Steve Juliano..ahli2 lain dalam band ni adalah Ronnie Ficarro- Bass/vocals,  Chad Kulengosky- Guitar/vocals,  Timoteo Rosales III- Guitar dan Justin McCarthy- Drums...secara kasarnya kumpulan ni memperjuangkan rentak muzik bergender Rock/Punk/Metal..berpangkalan di Long Beach, California adn bernaung di bawah ayarikat penerbitan Epitaph Record sesungguhnya memberikan pengaruh yang besar kepada band ni..ini kerana bukan calang2 band yang bernaung di bawah syarikat rakaman ini..nama2 besar seperti Bring Me The Horizon, NOFX, Story Of The Year, Parkway Drive, Weezer, Escape The Fate dan banyak lagi...kalau nak disebutkan memang banyak la dan semakin panjang jugakla celotehan aku..hehehe
album yang akan aku begi korang dengan ni bertajuk Lover Requiem yang dikeluarkan pada tahun 2006 kalu x salah..
 korang leh memuat turun mp3 dari kumpulan ni dengan klik pada button download di bawah. antara track yang menjadi pilihan aku dalam album ini adalam Killer Like Candy dan Dark Carnival of The Immaculate..suara vocalist yang best dicampur pulak dengan alunan muzik yang memang menyentak osikel telinga..hahahaha

Tracklists dalam album ni adalah :

"Crossing the River Styx" – 1:56
"Our Friend Lazarus Sleeps" – 2:55
"Killer Likes Candy" – 3:33
"Dark Carnival of the Immaculate" – 3:15
"Pretty People Never Lie, Vampires Never Really Die" – 4:32
"Of Masques and Martyrs" – 3:37
"Lovers' Requiem" – 4:15
"We Are Always Searching" – 3:28
"The Ship of Pills and Needed Things" – 3:44
"The Denouement" – 3:18
"This Is Home" – 4:26
"Beyond the Hourglass" – 6:01

selamat mendengar dan menghayati..suara vocalist perempuan derang memang best...layannn
sampai berjumpa lagi di keluaran akan datang...yeehaaaaa

Your Regard,
Prettyrain
























































Monday, December 27, 2010

Sunyi Sepi Di Petang Hari

hari ni update blog ketika lepak dalam makmal...agak tenang suasana makmal sebab ramai student yang da balik rumah di saat2 akhir sebab minggu depan dah nak start semester baru..alahai sekejao sangat rasanya masa cuti ni..he he he...aku punya projek pun x siap2 lagi..apala naseb aku ni agaknya...
tadi pagi aku da datang makmal untuk siapkan solution and persediaan bahan apa yang patut la untuk experiment seterusnya..puas jugak la aku dok memikirkan pasal method untuk PSA aku..adoiyaaaiii..baru semalam aku jumpa method yang okay sikit tapi itu pun macam banyak benda lagi yang aku nak kena tahu..suktan tu la..sukatan ni la..isipadu bahan kimia tu la..aiyaaaa..memang pening jugak la..
tu belum campur dengan peta and map koordinat yang aku belum setelkan lagi..tadi pagi ada juga pegi jumpa pegawai kat jabatan tapi dia pulak lupa..ha ha ha..banyak sangat kerja katanya..aku senyum je la..apa boleh buat kan..layannnnn...
petang ni aku lepak dekat lab lagi and mungkin akan membwak ke malam sebab sampel yang aku bakar tadi pagi masih panas lagi..nak bakar mau 5 jam da..tu belum tunggu sejuk lagi..aishhh memang aku ni penunggu setia makmal la macam ni..he he he..cadangan aku nak g joging petang ni xtau la akan berjaya atau x..kalau semuanya setel sebelum pukul 6 aku jalan jer la g joging and kalu da lewat daripada tu aku postpone jer la tok esok..he he he...
semalam tengok bola Malaysia lawan Indonesia..agak menarik jugak la game sebab Malaysia menang 3-0.bangganya aku jadi rakyat Malaysia..he he he..
sudahla kot aku dok merapu..he he he..nak sambung buat kerja pulak..adios semua

Your Regard,
Prettyrain

Wednesday, December 22, 2010

B for Blur

hai hai hai...aku memang blur waktu tulis entri ni..kenapa aku blur pun aku xtau..he he he..memang pelik aku dok 2 atau 3 hari ini..macam2 perasaan yang aku alami..ada blur, down n more to negative feeling..
p syukur jugak la sebab aku xde rasa nak marah atau nak pukul orang ataupun membunuh siri..he he he
aku boleh andaikan aku rasa down sebab aku nak balik rumah and rasa berehat and bebas dari kerja lab untuk seketika macam semua kawan - kawan yang lain..kalau aku da rancang baik - baik ada saja masalah yang baru tiba..ya Allah, teramat hebat dugaan-Mu untuk hambamu kali ini...aku hanya mampu menenangkan diri dengan berkata "Allah tidak akan menguji hambanya tanpa alasan yang munasabah. akan ada sinar di hujung kesengsaraan ini"..tiba -tiba aku rasa sayu je bila mengenangkan nasib aku dalam tahun ni..banyak jugak masalah yang aku alami tapi semuanya dapat ditempuhi dengan setenang dan dengan bantuan daripada-Nya..Alhamdulillah bersyukur aku padaNya...
rasanya perasaan blur akan berterusan untuk satu jangka masa yang agak panjang sebabnya banyak lagi kerja yang pelu aku setelkan... aku ingin pulang ke kampung secepat mungkin..tapi cuti akan menjadi pendek sebab ada dalam 1 minggu lagi saja untuk semester baru bermula..rasa sekejap saja cuti ni..mungkin masa aku banyak dihabiskan dengan menyipakan FYP yang amat membebankan bagi aku..


aku pun pelik jugak ni..blur macam ni pun boleh aku tulis blog..ha ha ha..adios semua
nak relax sebentar sambil melayan lagu..

Your regard,
Prettyrain

Monday, December 20, 2010

Legend of All The Times

okay kawan2..arini aku nk menulis tentang sebuah album kompilasi yang mengumpulkan banyak band2 yang terkenal kat Malaysia ni..actually kompilasi ini bertujuan bagi mengingati karya agung seniman negara Allahyarham P. Ramlee. sape x kenal P. Ramlee kan..kalau korang teliti traclist dalam album ni semuanya adalah lagu2 dari Allahyarham yang amat popular..and artis2 dalam album ni jugak x kurang hebatnya..
menarik kan covernya..aku yang tengok sekali ni pun rasa cukup kagum dengan cover album ni..potret Allahyarham dijadikan sebagai sumber insprirasi tok semua..terbaekk!!!

Tracklist:
1. Hujan - Tunggu Sekejab (3:07)
2. Seven Collar T-Shirt - Jangan Tinggal Daku (3:50)
3. Altimet - Maafkan Kami (3:44)
4. Awanband - Malam Bulan Dipagar Bintang (4:12)
5. Monoloque - Tiada Kata Secantik Bahasa (4:33)
6. One Buck Short - Pok Pok Bujang Lapok (2:52)
7. Pesawat - Ai Ai Ai Twist (3:58)
8. Pop Shuvit - Aci-Aci Buka Pintu (4:55)
9. They Will Kill Us All - Sepanjang Riwayatku (4:34)
10. Yuna - Gelora Jiwa (2:46)
11. Grey Sky Morning - Malam Pesta Muda Mudi (2:42)
12. Couple - Menceceh Bujang Lapok (2:43)
13. Subculture - Bunyi Guitar (4:02)
14. Bittersweet - Getaran Jiwa (3:03)
15. Azlan & The Typewriter AG & Co - Jeritan Batinku (3:40)
16. Kugiran D'Tepi Pantai - Nujum Pak Belalang (4:06)
17. Meet Uncle Hussain feat Hazama - Ya Habibi Ali Baba (3:58)
18. The Ramlees - Itulah Sayang (3:06)
 
dan dalam banyak2 track kat atas aku pilih track no 5 yang dinyanyikan oleh Monoloque. tajuk lagunya adalah Tiada Kata Secantik Bahasa. bukan sebab aku ni die hard fan Monoloque tapi sebab bagi aku Loque pandai berintepretasi dengan muzik..kalu korang dengan lagu lama dengan yang sekarang xleh nak dinafikan version asal memang lebih syahdu n sedap didengar..tapi disebabkan dia (Loque ) pandai bereksprimentasi dengan runut2 bunyi2 yang baru tapi masih mengekalkan elemen dan ciri2 asal lagu tu..memang menarik apabila yang lama yang baru bergabung tenaga..yeahhhhhh...
korang nilai la sendiri macam mana hasil kerja Loque k..xnak la dikatakan bias bila aku macam memuji berlebihan kat dia..ini kerana setiap orang ada selera telinga tersendiri..mungkin bagi dia lagu lain lebih sedap untuk di dengar..u have a freedom to choose what u want.. =)

ni pulak versi live..layannnn...
aku saje x letakkan link tok korang nak donlod sebab bagi aku kompilasi ni memang korang kena cari sendiri la..review mengenai band2 laen akan menyusul dalam entri yang akan datang..bukan xnak wat review tapi kalau buat memang akan panjanglah cerita ni..hehehe
yang pastinya kompilasi ni memang best and padu..anda patut dengar n menilai sendiri..disamping tu bersamalah menyokong industri muzik tempatan kita...
memetik kata2 Loque dalam iklan Xfm "bersamalah kita menyanjung muzik tempatan, jangan terlalu mendewakan muzik daripada luar..kita ambik yang baek dan buang yang keruh dari muzik luar..jangan sesekali mudah menerima pujukan dari muzik luar..lakukan analisa terperinci sebelum kita menerimanya.."

Your Regard, 
Prettyrain

Thursday, December 16, 2010

Rindunya....

okay..kita sambung lagi cerita..ni rasanya post aku yang ke 31..yeehaaaa..baru cket la jika nak dibandingkan dengan orang2 yang dah lama maen blog ni..aku ni kiranya masih lagi kanak2 yang baru tumbuh gigi..merangkak tu jauh sekali la..
tah la tiba2 ja aku rasa rindu yang amat sangat dengan kampung...ooohhh tidakkk..aku rindukan suasana kampung dengan ditemani pokok getah n burung2 kecik yang melompat kat atas tanah..hehehe..aku rindukan jugak senyuman mak aku, kakak2, anak sedara n member2 sekampung..petang2 maen bola sekali..malam plak g lepak kat kedai makan sampai kol 2 3 pagi..tapi tu semua membuatkan aku enjoy even esok paginya aku kena bangun before pukul 7 sebab nak pegi noreh getah..hehehe..rutin harian pun macam agak sama..g kebun..makan..tido..maen bola..lepak kat kedai..hehehehe.. tapi tahap enjoy tu lebih tinggi kalau ank dibandingkan dengan dok kat umah sewa ni..adoillaaaaa..kat umt ni aku rasa stress je memanjang.fyp..fyp..fyp..aaaaaaaa memang berbakat la tok kepala aku ni pecah..ngam2 aku plan nak balik ada pulak hal laen yang datang...da lama aku janji ngan mak yang aku akan balik sebelum bukak sem ni bukak..nak setelkan roadtax motor..macam mana ni..tolonggg aku kawan2..
at the same time gak aku rasa hepi sebab ada teman2 n rakan2 yang selalu n senantiasa ada di samping aku x kira aku sedih atau suka atau apa2 jugak perasaan ni..hehehe..aku harap persahabatan kita akan kekal sampai bila2..n mungkin sampai da semua orang da berumahtangga pun kita still kekalkan frendship kita ni..sayang korang semua..muaxxxxxx..hehehehehe..and aku rasa bukan sorang jugak rasa macam apa yang aku rasa ni..heppy+stress+down..budak Marine Bio 3rd yang laen pun rasa apa yang aku rasa ni.heheh..bersama2 la kita berkongsai yer kawan2..hak3..
da la kot tu..aku dok merapu nanti buat korang semua pening pulak..hahaha

Your Regard,
Prettyrain

Tuesday, December 14, 2010

Coretan Hari Rabu

Alex Turner: aku nak simpan rambut macam dia..yeahhhhh
mari menulis dan merapu lagi..hehehehe
arini ari kedua aku masuk lab..memang penat tahap gaban la..smalam punya kerja pun x siapa lagi..banyak lagi sample2 tanah yang aku nk kena sieve malam ni..adoilaaa...t tenang and selesa cket la sebab da ada teman..aku nak bawak din g  lab malam ni..by hook or by crook dia nak kena ikot aku..hahaha (jahat3)
pagi tadi g lab tok 'map'kan koordinate yang aku amik 3 bulan lepas..semangat aku nak g sebab arap2 senang la kerja aku lepas ni..mau xnya.setiap kali jumpa dengan supervisor 1st soklan yang dia tanya..'map awak macam mana rustam?'..mau terkedu jap aku..puas gak aku nk pusing2 idea nak klentong..hehehhe..so, if pasni dia tanya lagi aku dapat la jawap ngan sejujur-jujurnya..hahaha..da buat cuma da masalah cket jer..most of the small2 island yang dalam base map tu xde..aku try gak tny tp pegawai tu ckap 'besa la tu..base map tempat sampling swak tu sentiasa berubah2'..'perghhh..leh plak macam tu' berfikir jap aku dalam otak..hehehehehe..kerja x setel kat tu je..aku try la tny2 apa yang patut pasal map aku tu..yer la..bedebar gak aku ni..dup..dup..dup je asenya..
pas makan tengah ari, balik umah n rehat jap..pas asar nanti nak kena masuk lab lagi..nak sieve sediment lagi..n mungkin keja tu aku amik masa yang amat lama..tapi apa leh aku buat, layan jer la..cuti pun x macam nak cuti gak..mau xnya orang laen syok2 dok umah..lepak2 goyang kaki aku kat cni dok bekejar2 wat kerja..hahaha..lumrah hidup student agaknya memang macam ni..tambah plak da final year ni kena la pulun cket..berusahalah paktam..ko x lama g da kat cni..hehehe
mungkin rutin harian aku pasni aku berubah cket la..lab..lab..lab n lab..hahaha..tu jer yang ada dalam kepala aku sekarang..nak cepat siap n cepat balik..hehehehe
da la kot aku merapu tok hari ni..
salam n adios semua

Your Regard,
Prettyrain

Friday, December 10, 2010

Boring Gaban

pemandangan di Tasik Kenyir

tiba2 plak aku rasa arini satu hari yang memboringkan bagi aku..bangun pagi tadi dengan harapan dapat la g lab tapi xde plak budak meseg gtau..so, aku pun sambung la tido sampai dalam kol 10.30 macam tu..hehehehehe..
Kenangan di Tasik Kenyir
bangun2 jer terus sakit perot..hahaha..terbaek la..mungkin salah makan keropok lekor semalam kot..ke memang perot aku kosong..xper la..da setel semua hal aku dok la melepak kat dalam bilik dengan Din..hehehe..mamat ni memang kuat tido, rasanya semalam dia tido sama ngan aku jugak tapi camne dia boleh bangun lambat ni..aku musykil gak sebenaranya..macam abang aku la..tido awal tapi bangun mau2 da tengahari..adoila..kalau aku macam tu kompom kepala otak aku ni trasa ting tong semacam ja..actually pernah gak la sekali 2 aku bereksperiment tok bangun lewat..konon2nya nak mencari kelainan la..cisss balik2 kpala aku yang ting tong..mak aku memang membebel la aritu..hehehe..layannnn jer la..wee~~
petang ni plak aku rasa macam nak g jalan2@merewang tok hilangkan rasa boring..hehehe..plan jer la sebab sekarang ni musim hujan..pagi2 chantek jer cuaca tup2 petang hujan plak..haiayyyaaaa..nak wat macam mana kan..sekarang ni musim tengkujuh kat kawasan pantai timur..
berbalik kepada crita boring tahap gaban aku..aku cadang nak g pantai je petang ni..ambik2 angin pantai mungkin leh mengisi masa terluang aku..heheheh..Cat plak cadangkan kitaorg g picnic..macam best tapi tu la kan..barang2 nak ber"picnic"nya xde plak..xkan nk g dengan tangan kosong kot..hehehe..paling kurang pun ada la cket2 makanan macam sandwich ker, air ke, pisang goreng ker..baru la picnic namanya..hehehehe
esok, plan nak g Setiu ngan Din ngan Ieza..saja2 gak aku nak jalan2..hehehe..ari isnin nanti aku memang nak kena masuk lab da..banyak lagi kot sample tanah dok menungguaku..hehe..sabar la tanah2 ku semuanya..akan ku setelkan kalian semua sebelum aku balik berehat dengan family tersayang..yeeehhhaa~~~
da la dlu kot..nak g mandi n menyiapkan diri plak..adiosss n salam hujung minggu pada semua..
Sayang korang semua..muaxxxxx

Your Regard,
Prettyrain

Wednesday, December 8, 2010

Cuti Bermula ver. II

hari ni (09/12/10), aku tiba2 pulak bangun awal lagi..oh tidakk!!! adakah rutin harian aku da berubah..hehehe..hanya masa yang akan menetukan..n seperti biasa aku aku pergi laba arini tok siapkan apa yang patut..arap2 la x hujan sebab kalu hujan memang aku akn stuck kat rumah sewa ni la tok 1 hari..memetik kata2 Cat semalam "awat la lama lagi nak boleh balik ni..jeles tengok member2 yang da boleh balik dengan senang hatinya..kita??dok la kat cni lama2"..mulanya aku macam buat xtau je la..maybe Cat cakap macam tu sebab dia sedih...tapi bila pikir2 balik ada betolnya jugak..orang laen da bersuka ria kat rumah, aku plak bersuka ria dengan alatan makmal..xpatut la kan??..hehehehe
apa2 pun tu satu cabaran aku tok sepanjang cuti..harap2 la berbaloi aku balik lambat cuti ni..at leaset bila da masuk sem depan aku xda la rushing sangat nak kejar masa pegi lab..leh goyang2 kaki kat umah sambil2 start tulis writing report..
thanx to Cat@Nurul Ashikin Ismail, Din@Norrafiuddin, Azroy@Azri Shah, Ieza@Asnieza dan semua2 rakan2 yang banyak bagi support tok aku..x lupa juga pada Farah@Fara Faradin yang slalu dok teman aku meseg kat Fb...
to Cat, jangan sedih2 tau..tam and lain2 ada ja untuk teman Cat sebelum cat balik Penang nanti..
tok Din, Azri n Ieza: korang semua hebat la..slalu ada tok aku..yeahhh i like =)
tok Ami, Nazirah and Mila: slamat bercuti k...jangan lupa buah tangan tok kitaorg yang lambat balik ni..weee~~

tiba2 mood muzik aku ber"henshin" kejap..dengar Maher Zain pulak..korang nak donwload bleh la klink butang muat turun kat bawah ni..
Muat Turun

berhenti menulis kejap la..sambung lagi di masa hadapan

Your Regard,
Prettyrain

Tuesday, December 7, 2010

Lab Time!!!

"THE GAME OF STRESS BEGIN" 
arini ari pertama aku masuk lab balik..lama gak la aku cuti dari masuk lab..kalau x salah sebelom final exam aritu aku da stop masuk lab ni..hehehehe.
so, dengan rajin terpaksanya aku pun bangun la awal arini..x penah2 aku bangun awal macam ni..slalu mau pkol 10 lebih baru bangun...so, aku nk setelkan dlu sediment yang berlambak ni sebelum proceed dengan coordinate plotting yang ternyata banyak gaban...
so, aku kena la rajin2 cket lpas ni..cepat siap cepat jugak la aku balik rumah...rindu sangat kat umah ni..
mak tunggu anakmu pulang..
hehehee..sekian suda berceloteh tok kali ni..no new album to be listen k..hehhe
next tyme..masa agak mencumburui aku..hahah

Your Regard,
Prettyrain

Sunday, December 5, 2010

Cuti Bermula

mood: minat dengan lagu dari band ni
 Assalamualikum dan slamat sejahtera semua...agak lama jugak aku x update blog ni..agak busy cket kebelakangan ni dengan aktiviti yang datang secara tiba- tiba...
1. report parasite
2. lesen and test scuba
3. the biggest one is my FYP (Final Year Project)
bila cakap pasal Fyp ni aku agak geram ckit la.bukannya apa pun aku tengok course2 lain yang dalam 1 fakulti dengan aku  rilex abes la..bila tanya bila nak start Fyp diorang dengan senangnya menjawap "sem depan"..waaaa macam best je kan bunyinya..kalu ikut aku, memang aku xnak buat terus Fyp and dalam kata laen xnak amik terus..hahahaha..tapi nk buat macam mana kan..da memang course yang amik sekarang ni jadikan Fyp ni wajib..aaaa..nak x nak terpaksa gak amik...actually agak berat gak aku sem ni..dengan makmal waktu malam n kerja yang x putus2 memang memenatkan badan dan otak aku ni..kadang2 jeles tengok budak2 laen siap boeh g jalan2 pusing Terengganu...course aku amik ni..tunggu la sampai berjanggot pun belom tentu dengan sewenang wenangnya nak dapat jalan...apala naseb aku n kawan2 aku semua..layan jer la..bukan lama mana da lagi..ada 1 semester jer lagi sebelum aku tamatkan pengajian dan bergelar seorang mahasiswa dengan segulung Ijazah dalam bidang Biologi Marin...
kita lupakan semua tu sebab sekarang ni musim cuti semester..aku x balik sebab Fyp la...sabar jer la..and kebelakangan ni hujan di Ganu memang cukup lebat..and ni kompom2 akan buat aku bertambah lemak..hahahaha..mau tidaknya, hari2 xde aktiviti sukan untuk dibuat sebab sampai petang je hujan turun dengan lebat..kalu kejap xpe gak..ni mau2 sampai ke malam x pun ke pagi keesokan harinya..terbaik untuk "membela" badan..
pada semau kawan2 aku, slamat bercuti aku ucapkan pada semua..jumpa lagi semeater depan..and jangan lupakan aku k..hahaha (bajet la)..hidupkan cuti kita dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat pada semua orang..cabut rumput ker..tolong mak masak nasi kat dapur ke..maen bola ke..maen game ker..apa2 jer la janji korang aku sehat n kekal bahagia..
sekian dulu la..

Salam Jauh
Prettyrain