Friday, December 31, 2010

Salam 2011

Kenyir 2010

kejap je rasanya da masuk tahun 2011..ni bermakna akan bertambah lagi la umur aku..he he he
mungkin kena buat banyak muhasabah diri kot malam ni..rasanya banyak lagi cita2 yang belom aku tunaikan..begitu juga dengan tanggungjawap terhadap pelajaran..tahun ni merupakan tahun terakhir aku bergelar pelajar universiti sebab lepas ni aku akan masuk alam pekerjaan pulak..arap2 la akan da kerja untuk aku ditahun 2011 nanti...
2010 xde la memberikan apa2 kesan sangat pun..mcm besa jugak..juz ada la 2 3 perkara yang memang aku  xduga..tapi semuanya da setel dengan cara yang baek..secara keseluruhannya pengaruh muzik aku masih sama..xde lari and beza sangat..cuma kadang2 nak mencuba selera baru..he he he
arapkan 2011 akan membawa lebih banyak kebahagiaan untuk kita semua..lebih banyak perkara yang mendekatkan kita dengan Tuhan Maha Pencipta alam semesta..InsyaAllah
Salam 2011 untuk semua kawan2 dan rakan yang dikenali...

I Am Ghost - Lover Requiem

Baiklah semua, kali ini kita kembali dengan ulasan album yang dah lama rasanya aku x bagi korang dengan album2 pelik2 ni kan..so kumpulan yang menjadi pilihan pada entri kali ini adalah I Am Ghost. IAG adalah sebuah kumpulan yang pada dasarnya ditunjangi oleh vocalisnya iaitu Steve Juliano..ahli2 lain dalam band ni adalah Ronnie Ficarro- Bass/vocals,  Chad Kulengosky- Guitar/vocals,  Timoteo Rosales III- Guitar dan Justin McCarthy- Drums...secara kasarnya kumpulan ni memperjuangkan rentak muzik bergender Rock/Punk/Metal..berpangkalan di Long Beach, California adn bernaung di bawah ayarikat penerbitan Epitaph Record sesungguhnya memberikan pengaruh yang besar kepada band ni..ini kerana bukan calang2 band yang bernaung di bawah syarikat rakaman ini..nama2 besar seperti Bring Me The Horizon, NOFX, Story Of The Year, Parkway Drive, Weezer, Escape The Fate dan banyak lagi...kalau nak disebutkan memang banyak la dan semakin panjang jugakla celotehan aku..hehehe
album yang akan aku begi korang dengan ni bertajuk Lover Requiem yang dikeluarkan pada tahun 2006 kalu x salah..
 korang leh memuat turun mp3 dari kumpulan ni dengan klik pada button download di bawah. antara track yang menjadi pilihan aku dalam album ini adalam Killer Like Candy dan Dark Carnival of The Immaculate..suara vocalist yang best dicampur pulak dengan alunan muzik yang memang menyentak osikel telinga..hahahaha

Tracklists dalam album ni adalah :

"Crossing the River Styx" – 1:56
"Our Friend Lazarus Sleeps" – 2:55
"Killer Likes Candy" – 3:33
"Dark Carnival of the Immaculate" – 3:15
"Pretty People Never Lie, Vampires Never Really Die" – 4:32
"Of Masques and Martyrs" – 3:37
"Lovers' Requiem" – 4:15
"We Are Always Searching" – 3:28
"The Ship of Pills and Needed Things" – 3:44
"The Denouement" – 3:18
"This Is Home" – 4:26
"Beyond the Hourglass" – 6:01

selamat mendengar dan menghayati..suara vocalist perempuan derang memang best...layannn
sampai berjumpa lagi di keluaran akan datang...yeehaaaaa

Your Regard,
Prettyrain
























































Monday, December 27, 2010

Sunyi Sepi Di Petang Hari

hari ni update blog ketika lepak dalam makmal...agak tenang suasana makmal sebab ramai student yang da balik rumah di saat2 akhir sebab minggu depan dah nak start semester baru..alahai sekejao sangat rasanya masa cuti ni..he he he...aku punya projek pun x siap2 lagi..apala naseb aku ni agaknya...
tadi pagi aku da datang makmal untuk siapkan solution and persediaan bahan apa yang patut la untuk experiment seterusnya..puas jugak la aku dok memikirkan pasal method untuk PSA aku..adoiyaaaiii..baru semalam aku jumpa method yang okay sikit tapi itu pun macam banyak benda lagi yang aku nak kena tahu..suktan tu la..sukatan ni la..isipadu bahan kimia tu la..aiyaaaa..memang pening jugak la..
tu belum campur dengan peta and map koordinat yang aku belum setelkan lagi..tadi pagi ada juga pegi jumpa pegawai kat jabatan tapi dia pulak lupa..ha ha ha..banyak sangat kerja katanya..aku senyum je la..apa boleh buat kan..layannnnn...
petang ni aku lepak dekat lab lagi and mungkin akan membwak ke malam sebab sampel yang aku bakar tadi pagi masih panas lagi..nak bakar mau 5 jam da..tu belum tunggu sejuk lagi..aishhh memang aku ni penunggu setia makmal la macam ni..he he he..cadangan aku nak g joging petang ni xtau la akan berjaya atau x..kalau semuanya setel sebelum pukul 6 aku jalan jer la g joging and kalu da lewat daripada tu aku postpone jer la tok esok..he he he...
semalam tengok bola Malaysia lawan Indonesia..agak menarik jugak la game sebab Malaysia menang 3-0.bangganya aku jadi rakyat Malaysia..he he he..
sudahla kot aku dok merapu..he he he..nak sambung buat kerja pulak..adios semua

Your Regard,
Prettyrain

Wednesday, December 22, 2010

B for Blur

hai hai hai...aku memang blur waktu tulis entri ni..kenapa aku blur pun aku xtau..he he he..memang pelik aku dok 2 atau 3 hari ini..macam2 perasaan yang aku alami..ada blur, down n more to negative feeling..
p syukur jugak la sebab aku xde rasa nak marah atau nak pukul orang ataupun membunuh siri..he he he
aku boleh andaikan aku rasa down sebab aku nak balik rumah and rasa berehat and bebas dari kerja lab untuk seketika macam semua kawan - kawan yang lain..kalau aku da rancang baik - baik ada saja masalah yang baru tiba..ya Allah, teramat hebat dugaan-Mu untuk hambamu kali ini...aku hanya mampu menenangkan diri dengan berkata "Allah tidak akan menguji hambanya tanpa alasan yang munasabah. akan ada sinar di hujung kesengsaraan ini"..tiba -tiba aku rasa sayu je bila mengenangkan nasib aku dalam tahun ni..banyak jugak masalah yang aku alami tapi semuanya dapat ditempuhi dengan setenang dan dengan bantuan daripada-Nya..Alhamdulillah bersyukur aku padaNya...
rasanya perasaan blur akan berterusan untuk satu jangka masa yang agak panjang sebabnya banyak lagi kerja yang pelu aku setelkan... aku ingin pulang ke kampung secepat mungkin..tapi cuti akan menjadi pendek sebab ada dalam 1 minggu lagi saja untuk semester baru bermula..rasa sekejap saja cuti ni..mungkin masa aku banyak dihabiskan dengan menyipakan FYP yang amat membebankan bagi aku..


aku pun pelik jugak ni..blur macam ni pun boleh aku tulis blog..ha ha ha..adios semua
nak relax sebentar sambil melayan lagu..

Your regard,
Prettyrain

Monday, December 20, 2010

Legend of All The Times

okay kawan2..arini aku nk menulis tentang sebuah album kompilasi yang mengumpulkan banyak band2 yang terkenal kat Malaysia ni..actually kompilasi ini bertujuan bagi mengingati karya agung seniman negara Allahyarham P. Ramlee. sape x kenal P. Ramlee kan..kalau korang teliti traclist dalam album ni semuanya adalah lagu2 dari Allahyarham yang amat popular..and artis2 dalam album ni jugak x kurang hebatnya..
menarik kan covernya..aku yang tengok sekali ni pun rasa cukup kagum dengan cover album ni..potret Allahyarham dijadikan sebagai sumber insprirasi tok semua..terbaekk!!!

Tracklist:
1. Hujan - Tunggu Sekejab (3:07)
2. Seven Collar T-Shirt - Jangan Tinggal Daku (3:50)
3. Altimet - Maafkan Kami (3:44)
4. Awanband - Malam Bulan Dipagar Bintang (4:12)
5. Monoloque - Tiada Kata Secantik Bahasa (4:33)
6. One Buck Short - Pok Pok Bujang Lapok (2:52)
7. Pesawat - Ai Ai Ai Twist (3:58)
8. Pop Shuvit - Aci-Aci Buka Pintu (4:55)
9. They Will Kill Us All - Sepanjang Riwayatku (4:34)
10. Yuna - Gelora Jiwa (2:46)
11. Grey Sky Morning - Malam Pesta Muda Mudi (2:42)
12. Couple - Menceceh Bujang Lapok (2:43)
13. Subculture - Bunyi Guitar (4:02)
14. Bittersweet - Getaran Jiwa (3:03)
15. Azlan & The Typewriter AG & Co - Jeritan Batinku (3:40)
16. Kugiran D'Tepi Pantai - Nujum Pak Belalang (4:06)
17. Meet Uncle Hussain feat Hazama - Ya Habibi Ali Baba (3:58)
18. The Ramlees - Itulah Sayang (3:06)
 
dan dalam banyak2 track kat atas aku pilih track no 5 yang dinyanyikan oleh Monoloque. tajuk lagunya adalah Tiada Kata Secantik Bahasa. bukan sebab aku ni die hard fan Monoloque tapi sebab bagi aku Loque pandai berintepretasi dengan muzik..kalu korang dengan lagu lama dengan yang sekarang xleh nak dinafikan version asal memang lebih syahdu n sedap didengar..tapi disebabkan dia (Loque ) pandai bereksprimentasi dengan runut2 bunyi2 yang baru tapi masih mengekalkan elemen dan ciri2 asal lagu tu..memang menarik apabila yang lama yang baru bergabung tenaga..yeahhhhhh...
korang nilai la sendiri macam mana hasil kerja Loque k..xnak la dikatakan bias bila aku macam memuji berlebihan kat dia..ini kerana setiap orang ada selera telinga tersendiri..mungkin bagi dia lagu lain lebih sedap untuk di dengar..u have a freedom to choose what u want.. =)

ni pulak versi live..layannnn...
aku saje x letakkan link tok korang nak donlod sebab bagi aku kompilasi ni memang korang kena cari sendiri la..review mengenai band2 laen akan menyusul dalam entri yang akan datang..bukan xnak wat review tapi kalau buat memang akan panjanglah cerita ni..hehehe
yang pastinya kompilasi ni memang best and padu..anda patut dengar n menilai sendiri..disamping tu bersamalah menyokong industri muzik tempatan kita...
memetik kata2 Loque dalam iklan Xfm "bersamalah kita menyanjung muzik tempatan, jangan terlalu mendewakan muzik daripada luar..kita ambik yang baek dan buang yang keruh dari muzik luar..jangan sesekali mudah menerima pujukan dari muzik luar..lakukan analisa terperinci sebelum kita menerimanya.."

Your Regard, 
Prettyrain

Thursday, December 16, 2010

Rindunya....

okay..kita sambung lagi cerita..ni rasanya post aku yang ke 31..yeehaaaa..baru cket la jika nak dibandingkan dengan orang2 yang dah lama maen blog ni..aku ni kiranya masih lagi kanak2 yang baru tumbuh gigi..merangkak tu jauh sekali la..
tah la tiba2 ja aku rasa rindu yang amat sangat dengan kampung...ooohhh tidakkk..aku rindukan suasana kampung dengan ditemani pokok getah n burung2 kecik yang melompat kat atas tanah..hehehe..aku rindukan jugak senyuman mak aku, kakak2, anak sedara n member2 sekampung..petang2 maen bola sekali..malam plak g lepak kat kedai makan sampai kol 2 3 pagi..tapi tu semua membuatkan aku enjoy even esok paginya aku kena bangun before pukul 7 sebab nak pegi noreh getah..hehehe..rutin harian pun macam agak sama..g kebun..makan..tido..maen bola..lepak kat kedai..hehehehe.. tapi tahap enjoy tu lebih tinggi kalau ank dibandingkan dengan dok kat umah sewa ni..adoillaaaaa..kat umt ni aku rasa stress je memanjang.fyp..fyp..fyp..aaaaaaaa memang berbakat la tok kepala aku ni pecah..ngam2 aku plan nak balik ada pulak hal laen yang datang...da lama aku janji ngan mak yang aku akan balik sebelum bukak sem ni bukak..nak setelkan roadtax motor..macam mana ni..tolonggg aku kawan2..
at the same time gak aku rasa hepi sebab ada teman2 n rakan2 yang selalu n senantiasa ada di samping aku x kira aku sedih atau suka atau apa2 jugak perasaan ni..hehehe..aku harap persahabatan kita akan kekal sampai bila2..n mungkin sampai da semua orang da berumahtangga pun kita still kekalkan frendship kita ni..sayang korang semua..muaxxxxxx..hehehehehe..and aku rasa bukan sorang jugak rasa macam apa yang aku rasa ni..heppy+stress+down..budak Marine Bio 3rd yang laen pun rasa apa yang aku rasa ni.heheh..bersama2 la kita berkongsai yer kawan2..hak3..
da la kot tu..aku dok merapu nanti buat korang semua pening pulak..hahaha

Your Regard,
Prettyrain

Tuesday, December 14, 2010

Coretan Hari Rabu

Alex Turner: aku nak simpan rambut macam dia..yeahhhhh
mari menulis dan merapu lagi..hehehehe
arini ari kedua aku masuk lab..memang penat tahap gaban la..smalam punya kerja pun x siapa lagi..banyak lagi sample2 tanah yang aku nk kena sieve malam ni..adoilaaa...t tenang and selesa cket la sebab da ada teman..aku nak bawak din g  lab malam ni..by hook or by crook dia nak kena ikot aku..hahaha (jahat3)
pagi tadi g lab tok 'map'kan koordinate yang aku amik 3 bulan lepas..semangat aku nak g sebab arap2 senang la kerja aku lepas ni..mau xnya.setiap kali jumpa dengan supervisor 1st soklan yang dia tanya..'map awak macam mana rustam?'..mau terkedu jap aku..puas gak aku nk pusing2 idea nak klentong..hehehhe..so, if pasni dia tanya lagi aku dapat la jawap ngan sejujur-jujurnya..hahaha..da buat cuma da masalah cket jer..most of the small2 island yang dalam base map tu xde..aku try gak tny tp pegawai tu ckap 'besa la tu..base map tempat sampling swak tu sentiasa berubah2'..'perghhh..leh plak macam tu' berfikir jap aku dalam otak..hehehehehe..kerja x setel kat tu je..aku try la tny2 apa yang patut pasal map aku tu..yer la..bedebar gak aku ni..dup..dup..dup je asenya..
pas makan tengah ari, balik umah n rehat jap..pas asar nanti nak kena masuk lab lagi..nak sieve sediment lagi..n mungkin keja tu aku amik masa yang amat lama..tapi apa leh aku buat, layan jer la..cuti pun x macam nak cuti gak..mau xnya orang laen syok2 dok umah..lepak2 goyang kaki aku kat cni dok bekejar2 wat kerja..hahaha..lumrah hidup student agaknya memang macam ni..tambah plak da final year ni kena la pulun cket..berusahalah paktam..ko x lama g da kat cni..hehehe
mungkin rutin harian aku pasni aku berubah cket la..lab..lab..lab n lab..hahaha..tu jer yang ada dalam kepala aku sekarang..nak cepat siap n cepat balik..hehehehe
da la kot aku merapu tok hari ni..
salam n adios semua

Your Regard,
Prettyrain